KPM telah mengeluarkan surat siaran mengenai pelaksanaan Program Transisi Tahun 1 bersama kit program bagi sesi 2022/2023. Mulai Kalendar Akademik 2022/2023, PITS 2.0 dilaksanakan selama empat (4) minggu bagi murid Tahun Satu mulai minggu pertama persekolahan.
Pelaksanaan versi 2.0 mengandungi dua (2) fasa iaitu:
- Fasa Penyesuaian
- Dilaksanakan selama dua (2) minggu mengikut peruntukan waktu sehari yang telah ditetapkan.
- Merangkumi aktiviti suai kenal, aktiviti fizikal, aktiviti rutin, aktiviti pembelajaran, perbualan awal dan rehat.
- Melaksanakan pelbagai kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menggunakan item dalam Senarai Semak Kesediaan Murid.
- Fasa Kesediaan
- Dilaksanakan selama dua (2) minggu mengikut jadual waktu Tahun Satu.
- Melaksanakan pelbagai kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menggunakan item dalam Senarai Semak Kesediaan Murid (Lampiran A).
- Merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) terbeza berdasarkan tahap kesediaan murid.
- Merujuk tema seperti dalam Kit PITS 2.0. Pemilihan tema adalah mengikut minat, latar belakang dan persekitaran murid. Aktiviti yang bersesuaian boleh dirancang dengan tahap kesediaan murid dan kreativiti guru.
- Memastikan murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk pembelajaran seterusnya.
MUAT TURUN :
- Surat Siaran KPM
- Kit Program Transisi 2.0 Tahun Satu 2022/23
- Buku Program Transisi 2.0 SJKC Jelapang (Warga SJKC Jelapang sahaja)
- Borang - Senarai Semak Kesediaan Murid (Guru 1K dan 1B sahaja)
No comments:
Post a Comment